Aktiviti Terkini
Program yang sedang dilaksanakan oleh pihak sekolah
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
VISI
MISI
MOTO
Had simpanan bagi Google Drive?
Bagaimanakah email moe-dl.edu.my di jana?
PPKI dan Prasekolah
PRA
Ahad - Khamis(8.00 pagi – 12.15 petang)
PPKI
Tahap 1 (Tahun 1 - 3)
Ahad - 7.45 pagi – 1.15 petang
Isnin hingga Selasa - 7.45 pagi – 12.45 tengahari
Rabu hingga Khamis - 7.45 pagi – 12.15 tengahari
Tahap 2 (Tahun 4)
Ahad - 7.45 pagi – 1.15 petang
Isnin hingga Khamis - 7.45 pagi – 12.45 tengahari
Arus Perdana
Tahun 1-3
Ahad - Selasa(7.45 pagi – 1.15 petang)
Rabu - Khamis
(7.45 pagi – 12.45 tengahari)
Tahun 4-6
Ahad - Khamis
(7.45 pagi – 1.15 petang)
SYARAT KEMASUKAN MURID ARUS PERDANA KE PPKI
1. Telah mengikuti proses P&P di sekolah.
2. Telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas.
3. Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) dan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam.
4. Pembelajaran (IPMBDP) dan disahkan oleh pengamal perubatan mengalami kebarangkalian disleksia atau masalah pembelajaran
5. Disahkan oleh pengamal perubatan dan mempunyai kad OKU.
6. MBK dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu mendapat sokongan bertulis daripada penyelia PDK.
PROSES KEMASUKAN MURID BARU KE PPKI
1. Disahkan oleh pengamal perubatan dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor.
2. Mendapat pengesahan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
3. Permohonan kemasukan murid ke PPKI dipohon di PPD/JPN.
4. Pendaftaran murid ke PPKI boleh dibuat setelah mendapat surat penempatan dari PPD/JPN dan perlu membawa bersama Borang Permohonan OKU (Borang BPPOKU pindaan 1/2012) yang dikeluarkan oleh JKM.
PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM
Kaedah Permohonan Kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM Melalui Dua Cara Iaitu:
- Secara atas talian (online)
- Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
- Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah
mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan. Borang dan dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada pihak sekolah/institusi selewat-lewatnya pada 31 Mei.
- Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang sebagai panduan. - Secara manual melalui sekolah dimohon
- Ibu bapa/penjaga perlu mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
- Pihak sekolah/institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).
- Ibu bapa/penjaga hendaklah menghantar borang permohonan yang lengkap diisi berserta
dokumen-dokumen berkaitan ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada 31 Mei.
TARIKH PERMOHONAN
a. Secara Atas Talian (Online) : 1 Mac hingga 30 April tahun sebelum
b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelum
SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.
b. Kanak-kanak berumur 5+ (lahir 2 Januari hingga 31 Disember) dan 4+ (lahir 1 Januari hingga 31 Disember) pada tahun persekolahan.
c. Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 3+ (lahir dari 2 Januari hingga 15 Januari) pada persekolahan.
PEMILIHAN SEKOLAH
Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.
PEMILIHAN MURID
a. Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah melalui Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad.
b. Keutamaan kepada murid yang berumur 5+
Memohon Kemasukan Sekolah Rendah Kerajaan
MEMOHON KEMASUKAN SEKOLAH RENDAH KERAJAAN
Bagi pelajar yang mendaftar untuk memasuki persekolahan Tahun 1, permohonan boleh dibuat secara atas talian. Ibu/bapa/penjaga perlu pergi ke sekolah pilihan dan kakitangan di sana akan membantu mendaftarkan permohonan itu atau ibu/bapa/penjaga boleh melakukannya secara atas talian melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sistem (SPAT) hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja, Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.
1. Permohonan Melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM
* Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
* Bagi pengguna berdaftar, sila klik di sini untuk akses ke sistem permohonan secara atas talian
* Bagi pengguna baru, sila klik di sini.
2. Permohonan Secara Manual Melalui Sekolah
* Ibu/bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah pilihan dan mengisi borang-borang yang berkaitan.
* Permohonan yang lengkap perlu hantar ke sekolah yang dipilih.
Flipped Classroom
Flipped Classroom
Flipped Classroom merupakan satu pendekatan pembelajaran yang diperkenalkan dengan memberi pendedahan kepada pelajar terlebih dahulu (diluar kelas) sebelum sesuatu pembelajaran diajarkan.
Bahan-bahan di dalam ini adalah hasil kerja autentik guru-guru SKDH.
Kawalan mutu disahkan oleh Ketua Panitia. Maklumat lanjut klik di sini
PSS Digital
PSS Digital
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital.
Ia perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka PSS Digital diwujudkan bagi memudahkan pengguna mengakses bahan-bahan. Maklumat lanjut klik di sini
Studio Inspirasi SKDH
Studio Inspirasi SKDH
Studio Inspirasi SKDH ditubuhkan bagi merialisasikan keperluan pembelajaran secara maya dan keperluan alat bantu mengajar bagi guru-guru untuk menambah informasi sekolah selaras dengan Hala Tuju KPM dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Maklumat lanjut klik di sini
Kokurikulum Maya
Kokurikulum Maya
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Memandangkan situasi negara dilanda Covid-19 dan menyusuri arus kemodenan teknologi masa kini, maka Program Kokurikulum Maya diwujudkan sebagai satu altenatif Pendidikan Kokurikulum. Maklumat lanjut klik di sini