Slide background
Slide background
Slide background

Pematuhan kepada
Prosedur Operasi Standard.

  

Kami sentiasa memastikan setiap SOP
yang telah ditetapkan dipatuhi.

Slide background

Saksikan Infografik

Klik di sini

Apa itu TS25?

Image

Saksikan Video MINDSCAPING TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
 
Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim merupakan salah sebuah sekolah yang melaksanakan program TS25 kohort 6 2021.
 
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.
 
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM.
 
Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah:
1-Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik.
2-Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
3-Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
 
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu:
1-Memantapkan kepimpinan sekolah.
2-Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
3-Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
 
Matalamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul. Ia akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut:
  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.
  3. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan.
  4. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi.
  5. Komitmen komuniti yang padu.
 

Pautan Agensi

Statistik

Hari Ini0
Kelmarin83
Minggu310
Bulan2502
Jumlah92526

Pelawat

  • IP: 44.200.101.84
  • Pelayar Unknown
  • Versi
  • Sistem Unknown

1
Atas Talian

27 September 2023

Hubungi

© 2021-2022 Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim. Hak cipta terpelihara.     Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian :
 SKDH tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.