Email yang dibekalkan kepada semua murid dan guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menggunakan domain moe-dl.edu.my hanya akan diproses apabila maklumat telah diisi lengkap dalam APDM. Proses akan mengambil masa lebih kurang beberapa bulan memandangkan jumlah permohonan baharu, pindahan akaun dan penghapusan akaun bagi seluruh warga di bawah KPM melebih dari 5 juta akaun.
Apabila akaun email telah siap di proses ia akan dimaklumkan secara automatik ke portal admin sekolah sebelum diagihkan kepada warga sekolah.