Slide background
Slide background
Slide background

Pematuhan kepada
Prosedur Operasi Standard.

  

Kami sentiasa memastikan setiap SOP
yang telah ditetapkan dipatuhi.

Slide background

Saksikan Infografik

Klik di sini

Arahan Pembayaran Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Bagi Bulan Januari Hingga Jun Tahun 2021

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas .
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas ( BPkhas ) telah menurunkan subwaran peruntukan bagi kod aktiviti 060401 Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) bagi menampung keperluan pembayaran EMK Fasa 1 ( Januari hingga Jun ) Tahun 2021.
 
3. Peruntukan yang disalurkan ini hanya untuk pembayaran EMK bagi bulan JANUARI sehingga JUN sahaja kepada penerima EMK 1/2021 Pembayaran perlu dilaksanakan secara BAYARAN TERUS KE AKAUN MURID.
 
4. Merujuk kepada Garis Panduan EMK 2021 ; SPK Bil.2 Tahun 2018, pihak sekolah perlu memastikan :
4.1 Perkara 8.3 ; Bagi pertukaran MBK di dalam dan antara negeri, pembayaran hendaklah dibuat oleh sekolah/ KM/ KV/ SMT terdahulu dalam tahun semasa dengan disusuli surat pemakluman oleh sekolah lama kepada sekolah baharu dan disalinkan kepada Bahagian / JPN (lampiran B).
 
5. Bagi tujuan tersebut, tuan/puan adalah dipohon mengambil perhatian dan tindakan sewajar ke atas perkara berikut :
5.1 PERKARA 1 - Menyediakan Senarai penerima EMK 1/2021 bayaran kali pertama
5.2 PERKARA 2 - Contoh surat makluman pembayaran EMK antara sekolah
5.3 PERKARA 3 - Borang Laporan pembayaran EMK 1/2021 ( Lampiran C )
 
6.  Pihak tuan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan murid yang layak menerima elaun tersebut seperti nama yang dipohon melalui aplikasi apb1. Dalam mengendalikan tanggungjawab pengurusan kewangan, sila patuhi Arahan Pegawai Pengawal KPM Tahun 2021 dan arahan-arahan yang berkuat kuasa. Pastikan juga segala perbelanjaan dibuat dalam tahun semasa bagi mengelakkan pembayaran di bawah AP58(a).
 
7. Sekiranya berlaku lebihan peruntukan EMK, pihak sekolah dikehendaki memulangkan lebihan peruntukan tersebut kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan melalui cek atas nama “Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan” ke Unit Akaun Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
 
8. Kerjasama pihak tuan juga adalah dipohon untuk mengemukakan Laporan Pembayaran Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Bagi Murid 1/2021 Bayaran Kali Pertama (Lampiran C) ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas EMK dikreditkan ke akaun murid.
 
9. Sekiranya terdapat kemusykilan berhubung perkara ini sila hubungi En. Mohd Helmie bin Abd Wahab di talian 09-741 8482 / 012-956 2711.

Pautan Agensi

Statistik

Hari Ini81
Kelmarin143
Minggu308
Bulan2500
Jumlah92524

Pelawat

  • IP: 44.200.101.84
  • Pelayar Unknown
  • Versi
  • Sistem Unknown

2
Atas Talian

26 September 2023

Hubungi

© 2021-2022 Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim. Hak cipta terpelihara.     Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian :
 SKDH tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.