Sektor Penyelididkan dan Penilaian Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Kajian Indeks kemenjadian Murid (IKM) 2021 bagi murid tahun 6 peringkat negeri Kelantan. SK Datu' Hashim telah dipilih sebagai salah sebuah yang mewakili JPN Negeri Kelantan. Seramai 20 orang murid tahun 6 telah dipilih bagi mengikuti kajian ini.
Instrumen kajian adalah berbentuk Gamification Situational Judgement Test (GSJT) dan akan dijawab oleh murid secara dalam talian. Pelaksanaan ujian ini akan diadakan pada bulan Julai 2021.
Peranan pihak sekolah dalam pelaksanaan IKM secara online adalah kenalpasti murid yang terlibat dalam kajian, memastikan keperluan alatan ICT (komputer dan akses internet) disediakan untuk pelaksanaan kajian, menyediakan jadual untuk pelaksaan ujian, memberi taklimat kepada murid berkaitan pelaksanaan ujian, memastikan pelaksanaan kajian seperti dalam tempoh yang ditetapkan dan memberi progress report kepada PPD.
Terdapat empat domain yang perlu dijawah oleh murid iaitu domain intelek (intelektus), rohani (rokshani), emosi (emositrik) dan jasmani (qwasani). Murid perlu menjawan mengikut urutan domain bermula dengan intelek, jasmani, rohani dan emosi. Setiap domain mengambil masa sekurang-kurangnya 30-40 minit. Sekolah rendah mempunyai tiga pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Setiap murid yang mengikuti kajian ini akan mendapat sijil peringkat kebangsaan.
