Tenis
26 Julai 2022
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di bawah Sektor Pembangunan Bakat Murid telah memilih Amir Nur Iman Bin Mustaffa dari kelas 5 Uranus sebagai salah seorang pemain tenis Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) yang akan bertanding di peringkat Kebangsaan. Tenis adalah satu sukan yang belum pernah diwujudkan sebagai kelab sukan dan permainan sekolah namun hasil dorongan ibu bapa murid maka bakat yang ada pada Amir Nur Iman diketengahkan.
Tahniah untuk Amir Nur Iman dan selamat maju jaya di peringkat seterusnya.