PENARAFAN SEKOLAH KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Tahniah SKDH!
SKDH telah dipilih oleh KPM untuk Penarafan Sekolah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi tahun penarafan 2021, bersama dua lagi sekolah seluruh negeri Kelantan. Warga SKDH amat berbangga dan berbesar hati menerima cabaran ini. Terima kasih juga atas lantikan SK Sri Ketereh selaku mentor SKDH bagi program ini.
Penarafan ini dinilai daripada 7 Elemen KBAT yang telah digariskan iaitu:
- Elemen Kurikulum
- Elemen Pedagogi
- Elemen Pentaksiran
- Elemen Ko Kurikulum
- Elemen Sumber
- Elemen Bina Upaya
- Elemen Sokongan & Komuniti
Taklimat telahpun disampaikan kepada pentadbir dan semua setiausaha unit Kurikulum, Hem dan Kokurikulum pada 6 Disember 2021. Dalam taklimat tersebut garis panduan dan tatacara pengurusan telahpun dikongsi oleh Mentor dan juga JPN.
Dalam 7 elemen Kbat tersebut, Unit Kurikulum akan dinilai dibawah penarafan Elemen utama Kbat, iaitu : Pengurusan Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran.






