KOMUNITI SEKOLAH
Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada kekuatan sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah sahaja, bahkan juga melibatkan komuniti setempat. Keadaan ini berlaku kerana pengurusan sekolah dan komuniti setempat boleh saling bekerjasama untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Sekolah memperoleh faedah berbentuk sokongan moral, bantuan kewangan dan sumbangan tenaga bakti daripada komuniti. Manakala komuniti pula peroleh faedah dari aspek peningkatan penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak mereka. Oleh itu, kebersamaan sekolah dengan komuniti penting untuk meningkatkan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.