SEJARAH PENUBUHAN PIBG
Pada awalnya SKDH adalah Sekolah Rendah Pengkalan Chepa. Pada ketika itu terdapat dua buah sekolah sekitar iaitu SKPC dan SRJK(1) PC. SK Pengkalan Chepa mempunyai murid seramai 614 orang manakala SRJK Inggeris Pengkalan Chepa mempunyai seramai 414 orang murid. Kedua-dua buah sekolah ini digabungkan dan dinamakan sebagai Sekolah Rendah Pengkalan Chepa pada hari Khamis 01.06.1972. Tujuan gabungan dan adalah untuk mewujudkan keharmonian di kalangan para pelajar dan tenaga pelajar.
Dengan tertubuhnya SRPC itu maka telah diadakan satu perjumpaan yang didorongkan oleh Jemaah Pengurus Sekolah yang dipengerusikan oleh YBhg Dato' Hashim bin Mohamad. Jabatan Pelajaran telah diwakili oleh En Mohamad Yusuf Mustafa untuk untuk memberi taklimat mengenai matlamat dan fungsi penubuhan PIBG sekolah. Hasil daripada penubuhan tersebut, majlis telah melantik Tuan Hj Yusuf Ghous sebagai yang Dipertua PIBG yang pertama. Manakala Setiausahanya pula ialah Tuan Hj Muhamad bin Abdullah iaitu salah seorang guru sekolah ini.
Seterusnya Jemaah Pengurus sekolah telah mengadakan mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg Dato' Hashim. Mereka telah merancang untuk menukar nama sekolah dari SRPC kepada SRDH dan seterusnya merasmikan sekolah tersebut. Perasmian itu telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Hussein Onn, Menteri Palajaran Malaysia pada hari sabtu 07hb. April 1973.
Dengan tertubuhnya PIBg sekolah, berbagai sumbanagan telah diterima dari berbagai pihak seperti MPKB, Penjara, PPH dan pihak ibu bapa sendiri.
Satu daripada aktiviti yang telah diadakan ialah "Funfare". Cadangan untuk mengadakan aktiviti ini telah diilhamkan oleh Pengetua MPKB, En Anas bin Hj Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola. Hasil pungutan itu digunakan untuk memperkembangkan serta melengkapkan Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim.
LOGO PIBG

PENERANGAN LOGO
6 BULATAN KECIL BERWARNA
Rasionalnya supaya kita lebih mendalami pengertian Warna Pemikiran Edward De Bono bagi tujuan Total Quality Management di mana kita guna alat pemikiran ini di tempat, situasi, isu, persekitaran yang memerlukan pemikiran yang profesional, berkesan dan cekap.
6 BULATAN KECIL BERWARNA
Biru - Berfikir apa pendekatan Untuk mengatasi Masalah. Berfikir peraturan mengawal tingkah laku
Merah - Melambangkan perasaan yang sentiasa gembira dan kawalan emosi yang cekap & berkesan kepada diri dan orang lain.
Hijau - Melambangkan fikiran yang proaktif dan inovatif serta kreatif.
Kuning - Melambangkan peluang dan berfikir tentang kebaikan sesuatu perkara.
Hitam -Berfikir sebab musabab untuk penambahbaikan berterusan. (kaizen)(plan, do, check and action).
Putih - Melambangkan kita berfikir data dan fakta bukan persepsi dan perasaan semata-mata.
Rasionalnya supaya kita lebih mendalami pengertian Warna Pemikiran Edward De Bono bagi tujuan Total Quality Management di mana kita guna alat pemikiran ini di tempat, situasi, isu, persekitaran yang memerlukan pemikiran yang profesional, berkesan dan cekap.
ORGANISASI PIBG SKDH




PENGENALAN KSIB
KSIB adalah jawatankuasa Kerja dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berperanan sebagai saluran kerjasama dan komunikasi bagi merapatkan hubungan antara ibu bapa, murid, sekolah, alumni, komuniti, agensi awam dan swasta. Mereka memastikan pelibatan KSIB dalam membantu merealisasikan Anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu bekerjasama dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas berpandukan Perlembagaan PIBG yang sedia ada.
OBJEKTIF
- Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling helajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak.
- Mewujudkan sokongan berterusan terhadap aktiviti pembelajaran anak.
- Membantu pihak sekolah melaksanakan aktiviti sokongan Pengajaran dan Pembelajaran berpandukan Perlembagaan PIBG sedia ada ( di dalam dan di luar bilik darjah)
- Menjadi pengantara (rnediator) antara ibu bapa dengan pihak pentadbIr sekolah untuk menangani isu atau permasalahan murid dengan memahami proses pembelajaran (kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan potensi murid, disiplin dan lain-lain)
- Membantu pihak sekolah daripada aspek perkongsian maklumat, pandangan, sumber dari segl pembangunan, keselamatan, kebajikan, kewangan dan tanggungjawab sosial.
- Memberikan kesedaran kepada ibu bapa bahawa hasil penglibatan mereka ke sekolah akan menyaksikan penambahbaikan yang ketara dan lestari dalam pengalaman pendidikan anak-anak.
- Menjadikan ibu bapa merasakan mereka sebagai rakan kongsi strategik di sekolah dalam membantu pembelajaran anak.
CARTA ORGANISASI KSIB

SUKARELAWAN DALAM KELAS (SdK)
KONSEP
Ibu bapa / penjaga atau komuniti yang secara sukarela bersedia membantu guru mata pelajaran semasa proses PdP, di mana ia dilaksanakan secara pilihan iaitu sekolah tidak diwajibkan untuk melaksanakannya, tetapi bergantung kepada kesesuaian dan keperluan sekolah. Pelaksanaan SdK bermula dari peringkat prasekolah, rendah serta menengah, termasuk pendidikan khas dan program inklusif. SdK melibatkan pengintegrasian sumbangan dari segi kepakaran bidang masing-masing namun masih tertakluk kepada etika profesionalisme keguruan semasa proses PdP.
SKOP
-
SdK dilaksanakan secara pilihan iaitu sekolah tidak diwajibkan untuk melaksanakannya, ia bergantung kepada kesesuaian dan keperluan sekolah.
-
SdK boleh dilaksanakan di peringkat prasekolah, rendah, dan menengah termasuk pendidikan khas dan program inklusif.
-
Garis Panduan Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) adalah untuk memudahkan pelaksanaan program kerjasama antara ibu bapa / penjaga dan komuniti serta pihak sekolah. Sehubungan dengan itu, Garis Panduan SdK perlu dipatuhi agar pihak pelaksana dapat melakukannya dengan betul dan berkesan.
CARTA SUKARELAWAN DALAM KELAS

PERBEZAAN PIBG, PIBK DAN KSIB
