
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Terima kasih tidak terhingga kerana memberi peluang kepada Unit Bimbingan dan kaunseling untuk sama-sama berganding bahu membangunkan laman web SKDH.
Selaras dengan moto SKDH iaitu “Inspire TQM”, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah merupakan antara pemangkin pendidikan berkualiti terutama dalam aspek pembangunan modal insan. Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan penting dalam membangunkan murid secara holistik. Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan pendidikan yang sangat luas dan penting. Sehubungan dengan itu, laman web SKDH ini dapat dijadikan sebagai platform bagi semua guru, ibu bapa, murid dan kakitangan untuk mendapat maklumat berkaitan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Akhir sekali, ucapan tahniah kepada semua pentadbir, guru-guru dan kakitangan dalam usaha murni menyediakan lama web ini. Semoga laman web SKDH memberi manfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih.