PROGRAM MINDA SIHAT DI SEKOLAH
DALAM KEBIASAAN BAHARU

 

1.0       PENGENALAN

Program Minda Sihat Di Sekolah Dalam Kebiasaan Baharu dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik atau krisis yang berlaku. Program ini mengunakan tema "Minda Sihat: Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera" bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental.

 

 

2.0       OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk :

2.1       Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental.

2.2       Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau krisis yang berlaku.

2.3       Melaksanakan intervensi bagi menguruskan emosi dalam kalangan murid.

2.4       Meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan emosi.

2.5       Memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.

 
3.0       PENDEKATAN

Program ini menggunakan empat pendekatan utama iaitu pencegahan, perkembangan, pemulihan dan krisis.

3.1 Pencegahan

Pencegahan dilaksanakan melalui aktiviti berikut:

3.1.1 Mengenal pasti isu murid melalui analisis keperluan.

3.1.2 Mempromosikan kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah penyakit

         mental.

3.1.3 Membimbing murid menguruskan emosi bagi meningkatkan daya tindak.  

 

3.2       Perkembangan

Perkembangan dilaksanakan melalui perkara berikut:

3.2.1 · Meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat, rasional dan kreatif 

melalui aktiviti seperti bimbingan kelompok, mentor mentee dan Pembimbing

Rakan Sebaya.

3.2.2    Meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif dan resilien.

3.2.3    Meningkatkan kemahiran mengawal emosi melalui sesi bimbingan ·

berterusan.

 

3.3       Pemulihan

Pemulihan dilaksanakan melalui perkara berikut:

3.3.1    Melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal pasti.

3.3.2    Melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan dan berfokus kepada

penyelesaian isu menggunakan pendekatan kaunseling seperti Solution Focus

Brief Therapy, Cognitive Behavioral Therapy dan Choice Theory Reality

Therapy.

 

3.4       Krisis

Krisis dilaksanakan melalui perkara berikut:

3.4.1    Mengenal pasti murid yang mengalami tanda kemurungan dan tanda awal kecelaruan mental (contoh skizofrenia, kecelaruan bipolar)

3.4.2    Melapor kes krisis kepada Pengetua atau Guru Besar.

3.4.3    Mengadakan konsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk murid kepada pegawai kesihatan di klinik dan hospital berdekatan.

 

 4.0       PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini adalah seperti berikut:

4.1       Jabatan Pendidikan Negeri :

4.1.1    Melaksanakan penataran kepada Penolong Pegawai HEM Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), GBK sekolah rendah dan menengah sebelum sesi persekolahan dibuka;

4.1.2    Membimbing pelaksanaan program kepada Penolong Pegawai HEM Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

4.1.3    Melaksanakan kunjung bantu di sekolah menengah dan rendah (rujuk borang senarai semak).

 

4.2       Pejabat Pendidikan Daerah :

4.2.1    Membimbing pelaksanaan program kepada Pengetua dan Guru Besar dan GBK.

4.2.2    Melaksanakan kunjung bantu di sekolah menengah dan rendah (rujuk borang senarai semak).

 

4.3       Pentadbir Sekolah

4.3.1    Melaksanakan program dengan lancar dan berkesan.

4.3.2    Memantau pelaksanaan program secara berterusan.

4.3.3    Merujuk kes krisis murid kepada ibu bapa/penjaga.

4.3.4    Melaporkan kes krisis murid kepada PPD dan JPN melalui Sistem Pelaporan lsu Disiplin dan Pendidikan (e-PIDP).

 

4.4       Guru Bimbingan dan Kaunseling

4.4.1    Menyelaras pelaksanaan program dengan guru dan murid.

4.4.2    Melaksanakan penataran program kepada guru.

4.4.3    Menyebarluaskan maklumat promosi kesihatan mental kepada guru, ibu bapa dan murid.

4.4.4    Menyediakan panduan dan bahan program kepada guru.

4.4.5    Menyediakan profil murid dari segi isu kesejahteraan emosi.

4.4.6    Melaksanakan program pencegahan, pengembangan, pemulihan dan krisis mengikut keperluan murid.

4.4.7    Memantau perkembangan murid dari masa ke semasa.

4.4.8    Melaporkan kes krisis kepada Pengetua dan Guru Besar.

4.4.9    Menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan kepakaran.          

 

4.5       Guru

4.5.1    Memastikan program dilaksanakan dengan lancar

4.5.2    Memantau perkembangan perubahan tingkah laku dan emosi murid.

4.5.3    Merujuk murid yang dikenal pasti mengalami perubahan tingkah laku dan emosi kepada GBK.

4.5.4    Meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental merentas kurikulum.

5.0       PELAKSANAAN PROGRAM           

Program ini dilaksanakan sepanjang tahun melalui dua strategi iaitu promosi minda sihat di sekolah rendah dan menengah manakala saringan minda sihat di sekolah menengah sahaja.

 

5.1       Promosi Minda Sihat

Promosi minda sihat bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan mental. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti berikut;

5.1.1   Pelancaran Program Minda Sihat Di Sekolah dalam Kebiasaan Baharu.

5.1.2   Program 5 minit – Pemugaran Minda Sihat

               - Segmen Pagi Bersama GBK 

               - Segmen Motivasi Minda Sihat 

               - Segmen Lagu Motivasi 

               - Segmen Motivasi Minda Sihat 

               - Segmen Penyucian Jiwa-Zikir  

5.1.3     Senarai Semak Keperluan Murid dalam Kebiasaan Baharu.

5.1.4    Sudut Minda Sihat

5.1.5    Infografik Minda Sihat

5.1.6    Brosur/ risalah

5.1.7    Pengisian rohani/ Relaksasi minda 

5.1.8    Kuiz

5.1.9    Motivasi dan mutiara kata

 

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Pautan Agensi

Statistik

Hari Ini158
Kelmarin195
Minggu825
Bulan910
Jumlah45010

Pelawat

  • IP: 54.36.148.2
  • Pelayar Unknown
  • Versi
  • Sistem Unknown

1
Atas Talian

06 October 2022

Hubungi

© 2021-2022 Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim. Hak cipta terpelihara.     Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian :
 SKDH tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.