
PENDAHULUAN
Program Amalan Baik SSDM adalah adalah program pembentukan sahsiah murid yang diwujudkan bagi mengiktiraf dan menghargai murid-murid yang mempunyai amalan baik tertinggi dalam SSDM yang direkodkan oleh para guru SK Datu’ Hashim. Anugerah diberikan pada setiap akhir bulan kepada murid dengan mata merit tertinggi.
RASIONAL
Sebagai mekanisme untuk membudayakan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid dan untuk meningkatkan status sahsiah diri. Dengan pemupukan Amalan Baik ini, diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan kesalahan disiplin dari semasa ke semasa. Seterusnya Amalan Baik ini akan sebati dalam diri dan menjadi amalan hidup selepas alam persekolahan.
OBJEKTIF
- Untuk melahirkan murid-murid yang beramalan baik, mempunyai pemikiran positif dari pelbagai aspek.
- Mewujudkan situasi sekolah untuk memupuk murid mengamalkan kelakuan baik dan bersopan santun seterusnya kelakuan yang baik diteruskan dalam kehidupan seharian.
- Selain itu, mengelakkan penghukuman serta menyemai amalan yang baik, sikap kasih sayang antara guru dan murid dalam suasana yang harmoni dan damai.
- Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
- Mengoptimum aplikasi yang sedia ada.
MATLAMAT
-
Membudayakan amalan baik daripada peringkat sekolah lagi bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji seperti mana yang disarankan oleh KPM.
-
Memupuk semangat berlumba-lumba untuk berbuat baik dikalangan muridmurid.
-
Meningkatkan peratus kedatangan murid ke sekolah.
-
Mengurangkan jumlah murid yang melakukan salah laku.