PENGENALAN KEPADA KEBAJIKAN MURID
Kebajikan pelajar meliputi beberapa aspek berikut:
- Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS)
- Keselamatan Di Sekolah
- Alam Sekitar Sekolah
- Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
- Biasiswa
- Asrama Sekolah
TUGAS-TUGAS GURU AJK KEBAJIKAN
- Di awal tahun, mengenal pasti murid-murid dari kalangan anak yatim, yatim piatu dan dari keluarga yang kurang berkemampuan (miskin) daripada guru. Menemuduga dan mengkaji kes-kes tertentu yang memerlukan bantuan kebajikan.
- Menyediakan borang permohonan, mengumpul data dan menyimpan rekod murid-murid yang telah dikenalpasti yang memerlukan bantuan khusus seperti:-
- Pelajar miskin
- Kemalangan
- Kematian
- Kecemasan / bencana
3. Merancang, mengurus dan menyelia program yang berkaitan dengan kebajikan murid seperti:-
- Sumbangan kematian ibu bapa murid dan murid yang ditimpa kemalangan teruk.
- Sumbangan yuran, pakaian dan alat tulis kepada murid yang tidak berkemampuan
- Sumbangan hari raya untuk anak-anak yatim dan fakir miskin
AJK KEBAJIKAN MURID





KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)
Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid darjah satu (1) hingga darjah enam (6) di sekolah rendah (SR) dan Tingkatan Satu (1) di sekolah menengah (SM) yang layak meliputi bantuan:
- yuran persekolahan/peperiksaan,
- pakaian seragam sekolah,
- peralatan sekolah,
- bantuan persekolahan
- serta bantuan latihan dan bimbingan.
Terdapat tiga (3) jenis bantuan yang diberikan kepada murid iaitu :
- Bantuan Am Persekolahan (BAP) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Persekolahan) diberikan kepada murid melalui kaedah dikredit terus ke akaun murid atau pemberian dalam bentuk wang tunai atau bukan tunai (pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluan-keperluan lain persekolahan murid) ;
- Bantuan Bulanan (BB) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Am) diberikan kepada murid melalui kaedah dikreditkan terus ke akaun murid secara bulanan atau sekaligus (lump sum) ; dan
- Bantuan Kecemasan (BK) dibayar kepada murid yang layak pada kadar bayaran BAP yang berkuat kuasa pada tahun semasa.
Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. Ia bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003.
Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 25 Mac 2014.
Berdasarkan kepada perkembangan dan keperluan masa kini, beberapa penambahbaikan ke atas Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 2 Tahun 2017 – Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah disemak semula bagi memastikan sistem penyampaian bantuan kepada kumpulan sasar adalah lebih cekap dan berkesan.
Di antara perubahan-perubahan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut :-
- Ibubapa/penjaga yang tidak mempunyai bukti pendapatan hendaklah mengemukakan Surat Akuan Pengesahan Pendapatan yang telah disahkan oleh Pegawai ; dan
- Perubahan perekodan peruntukan bantuan KWAPM yang diterima oleh sekolah.
- Kadar baru Bantuan KWAPM yang diputuskan bermula tahun 2017 adalah seperti berikut :-
DATA |
BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP) |
||||
eKASIH, DMOA dan Data Sedia Ada (DSA) |
|
AJK INDUK KWAPM


BAP 100
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Garis Panduan ini adalah sebagai rujukan pelaksanaan BAP bagi murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
KRITERIA KELAYAKAN
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).





PENGENALAN KEPADA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
RMT adalah RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN iaitu pemberian makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.( SURAT PEKELILING KEWANGAN BT 19: RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH )
KADAR :
- Semenanjung - RM2.50 seorang murid x 190 hari.
- Sarawak, Sabah dan Labuan - RM3.00 seorang murid x 190 hari.
SYARAT-SYARATNYA
- Pendapatan isi rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa (kategori miskin tegar); atau
- Murid di Sekolah Orang Asli/Penan; atau
- Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang memegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima RMT.
PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan RMT Tahun 2 hingga 6 bermula pada awal persekolahan bulan Januari tahun semasa manakala Tahun 1 dan kes keciciran permohonan, selewat-lewatnya 1 Februari tahun semasa.
Bantuan RMT tidak dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan bagi murid yang beragama Islam manakala pemberian bantuan RMT bagi murid bukan beragama Islam hendaklah dimakan di sekolah semasa waktu makan RMT.
AJK RMT







PENGENALAN PROGRAM SUSU SEKOLAH
Program ini merupakan sebagai menu tambahan dalam Program RMT bagi memupuk amalan pengambilan susu dan produk tenusu dalam pemakanan murid ke arah membentuk pewaris generasi yang sihat fizikal dan mental.
Objektif pelaksanaan PSS Dalam RMT adalah untuk:
- menambah kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam minuman susu kepada pemakanan murid; dan
- memupuk amalan pengambilan susu atau produk tenusu dalam pemakanan murid. Seterusnya menjadi amalan sehingga dewasa bagi membentuk pewaris generasi yang sihat fizikal dan mental.
AJK PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)

PENGENALAN
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.
Semua murid warganegara layak mendapat bantuan SPBT ini.
MATLAMAT
Memastikan pelajar menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula.
FUNGSI
- Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
- Mengawal penggunaan buku teks.
eSPBT ini merupakan Sistem Pesanan Buku Teks dalam versi baharu bagi pelajar memesan buku kegunaaan tahun hadapan. Ia telah dinovasi dan ditambahbaik sering dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa iaitu secara atas talian dan capaian melalui internet.
Versi sistem pesanan yang terdahulu adalah BTBT Online yang telah dibangunkan menggunakan ORACLE 6i.
Pengguna bagi sistem ini yang terdiri daripada :
- Sekolah
- PPD
- JPN
- Bahagian Buku Teks (BBT)Selaku pentadbir dan urus setia sistem
Bagi pihak yang ingin mengakses sistem eSPBT ini bagi tujuan bagi urusan buku teks sekolah ini, boleh mengakses/login sistem eSPBT ini :
laman sesawang https://espbt.moe.gov.my
BIDANG TUGAS
- Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks
- Borang permohonan SPBT
- Mengedarkan borang kepada setiap murid
- Borang yang lengkap dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada guru SPBT.
- Membuat pesanan buku
- Membuat pesanan pada pertengahan tahun Biro Buku Teks.
- Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun
- Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.
- Mengisi borang bermaklumat komputer dan menghantar mengikut jadual.
4. Pengedaran
- Mengedar mengikut kelas
- Mendapatkan borang dari murid yang baru masuk / bertukar sekolah.
- Memastikan setiap guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman .
- Memastikan semua guru darjah telah melengkapkan borang pinjaman SPBT / borang G mengikut jadual
5. Pengurusan rekod dan dokumen
- Menyelenggarakan fail yang kemaskini (mengikut darjah)
- Rekod buku stok yang kemaskini (mengikut kelas)
- Senarai tugas guru pengedaran / pengumpulan
- Menyimpan rekod buku hapuskira, rosak, hilang.
7. Pengurusan Pemulangan SPBT
- Peratus rosak - mengenal pasti murid yang hilang buku dan menguruskan wang gantinya. Peratus Hapus kira- buku bantuan yang tidak diperlukan
- Kekurangan - Buku mengikut subjek / kelas / tahun
AJK SPBT






