DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
1.0 PETIKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 ( Akta 550 )
BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa:
DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat:
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik:
DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dansegi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia:
DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”:
DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atasakan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara:
DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:
“Murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;



PENGENALAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan.
Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana murid-murid merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik.

AJK INDUK HAL EHWAL MURID

KPI UNIT HEM
KPI 1 : ASPEK KESELAMATAN SEKOLAH ( SPKS )
Mencapai 94.00% dalam pengisian SPKS
KPI 2 : KEHADIRAN
Mencapai 96.00% dan ke atas purata kehadiran setiap bulan/tahun.
KPI 3 : DISIPLIN & SAHSIAH ( SSDM )
Meningkatkan peratusan nilai amalan baik murid dan meminimumkan masalah disiplin murid dalam pengisian SSDM.
KPI 4 : KECERIAAN & KEBERSIHAN KANTIN
Mencapai penilaian Amat Baik dalam pengurusan kantin sekolahSENARAI GURU KELAS TAHAP 1

SENARAI GURU KELAS TAHAP 2

GURU BERTUGAS MINGGUAN
- Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah berakhir.
- Bertugas sebagai Petugas Guru Penyayang
- Menyambut Kedatangan Murid dan Mengawal kepulangan Murid di Pintu pagar.
- Menjaga keselamatan pelajar semasa datang dan pulang.
- Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
- Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu.
- Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, dapur RMT, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
- Mengurus rawatan murid yang sakit.
- Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah.
- Menentukan keselamatan murid di sekitar kawaasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
- Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.
- Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke Buku Laporan Bertugas.
- Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
- Perhimpunan (Jika ada)
- Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan
- Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan
- Memastikan murid telah beratur dengan kemas
BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN SEPANJANG PANDEMIK C-19






