PENGENALAN
Kantin sekolah merupakan suatu tempat yang penting dalam mewujudkan berbagai-bagaI pengalaman sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membina pengetahuan, sikap dan amalan dalam kalangan generasi muda terhadap makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan makanan serta tabiat-tabiat sosial seperti beratur untuk diberi layanan, bersopan santun, dan amalan-amalan disiplin yang lain.
Di samping itu, kantin sekolah juga merupakan satu tempat berlakunya berbagai-bagai jenis interaksi dan aktiviti-aktiviti sama ada di kalangan murid-murid, guru-guru dan pekerja-pekerja sekolah seperti: Penjualan dan pembelian makanan dan minuman. Penyediaan, penyimpanan, penghidangan dan penggunaan makanan dan minuman yang dijual ataupun diberi secara percuma di bawah rancangan-rancangan tertentu. Kegiatan-kegiatan rehat dan istirehat. Permainan-permainan ringan seperti ping pong, catur dan lain-lain. Majlis-majlis perjumpaan, perbincangan dan lain-lain anjuran pihak sekolah, ibu bapa ataupun masyarakat.
KECERIAAN KANTIN
- Mengadakan program keceriaan di persekitaran kantin.
- Memastikan setiap bahagian di kantin diselenggarakan dengan baik untuk menghasilkan kawasan kantin yang bersih, cantik dan menarik.
- Membantu dalam merancang dan meningkatkan kebersihan dan keceriaan kantin.
- Penasihat kepada pekerja-pekerja kantin dan Penguasa Kantin.
- Menjaga kebersihan keseluruhan bangunan dan kawasan kantin.
- Mendapatkan kerjasama pekerja kantin bagi menangkap kucing liar / anjing liar.
- Merancang dan menaja berbagai-bagai projek kebersihan dan keceriaan kantin.
- Lawatan ke sekolah lain
- Kempen Gotong Royong
- Ceramah-ceramah kebersihan kantin
- Pertandingan Mengarang esei kebersihan kantin
- Memesan dan mengagihkan bahan-bahan dan barang- barang seperti sabun, ubat longkang, penyapu, tong sampah bersih.
- Menanam bunga / pokok di kawasan kantin
BIDANG TUGAS AJK KANTIN
- Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pelajaran / Kesihatan.
- Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
- Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
- Memastikan makanan halal. (Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 1/10/981 bertarikh 9 Februari 1981)
- Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selama serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
- Memastikan keadaan luar dan dalam kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
- Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.
- Memastikan pihak pengusaha kantin berada di permis supaya mudah dihubungi.
- Memastikan semua penjual dan kakitangan kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
- Memastikan semua makana ditutup dengan tudung saji / kain maslin / disimpan dalam bekas yang bertutup.
- Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
- Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.
- Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
- Membuat laporan bulanan kepada Guru Besar / PK HEM tentang prestasi kantin.
- Mengadakan mesyuarat jawatankuasa 3 kali setahun dan perbincangan dari masa ke masa.
- Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin.
- Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
- Memastikan murid-murid beratur semasa membeli.
AJK UNIT KANTIN






