PENGENALAN
Disiplin murid diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif dalam pembangunan sahsiah murid.
TINDAKAN UNTUK MENCAPAI STANDARD
Menyebar luas dan menguatkuasakan peraturan sekolah, menganalisis dan memanfaatkan data disiplin serta merancang dan melaksanakan program pendidikan disiplin dengan mekanisme yang sesuai, mematuhi arahan yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan.
Tahap Tindakan
Mengurus disiplin murid dengan:
i.Menyebarluaskan peraturan sekolah
ii.Menguatkuasakan peraturan sekolah
iii.Menganalisis data disiplin
iv.Merancang program pendidikan disiplin
v.Melaksanakan program pendidikan disiplin.
Tindakan dilaksanakan:
i. Dengan mematuhi ketetapan disiplin/ prosedur/ arahan yang berkuat kuasa
ii.Secara menyeluruh meliputi semua murid/ perkara
iii.Secara berterusan/berkala
iv.Dengan mekanisme yang sesuai.
TUGAS-TUGAS
- Mengawal dan memantau disiplin pelajar dengan kerjasama guru-guru.
- Mengemaskini peraturan sekolah dan memastikan dipatuhi oleh setiap pelajar sekolah.
- Memastikan pelajar-pelajar mengikut peraturan sekolah.
- Memutuskan sebarang tindakan dan hukuman ke atas murid yang melanggar peraturan dan disiplin.
- Menyediakan Buku Peraturan Sekolah dan Carta Aliran Tindakan tatatertib murid.
- Membuat kajian dari semasa ke semasa bagi tujuan menyempurnakan pelaksanaan peraturan tatatertib murid.
- Membantu ahli lembaga pengawas melantik pengawas-pengawas serta mebuat penilaian pengawas yang dilantik dari semasa ke semasa.
- Mengesyorkan tindakan tatatertib / disiplin tertentu atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid untuk pertimbangan Guru Besar mengikut pekeliling yang telah ditetapkan.
- Membantu Guru Besar merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah.
- Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan / aktiviti dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah.
- Menjadi penyelaras diantara guru dan Guru Besar di dalam hal Disiplin murid-murid.
- Melaporkan kepada pihak pentadbir mengenai murid-murid yang melanggar didiplin sekolah sebagai langkah terakhir dan membantu Guru Besar mengatasinya.
- Membuat “Spot Check” atau pemeriksaan mengejut sebanyak 4 kali setahun.
- Menjadi Pegawai Perhubungan diantara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam menangani masalah disiplin.
- Menerima laporan pengawas, guru-guru dan seterusnya mengenai masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid dan mengambil tindakan yang sesua.
- Bertanggungjawab ke atas imej sekolah dengan menentu dan memastikan perlakuan murid-murid itu sesuai dengan peraturan sekolah dan kehendak masyarakat sekeliling.
- Berusaha menanam semangat patuh dan taat setia kepada peraturan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara.
- Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Guru Besar
- Menjalankan rondaan untu mengesan pelajar yang ponteng dan melangar disiplin dan mengadakan ‘spot chek’.
- Menyedia dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian / PPD
AHLI JAWATANKUASA DISIPLIN MURID

SSDM ONLINE ini ialah satu cabang lagi kepada Modul Pengurusan Murid dan berkait rapat dengan sistem APDM sekolah. SSDM membawa maksud “Sistem Sahsiah Diri Murid” dan sangat penting dalam pengurusan disiplin murid. Sistem ini adalah berasaskan web yang bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan cara mudah dan berkesan.
Bukan itu sahaja, SSDM juga dapat membantu dalam menyediakan maklumat dengan efektif dan terkini. Maka dengan cara sebegini, pengurusan di semua peringkat akan dapat membuat perancangan awal bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.
https://ssdm.moe.gov.my/
PENGENALAN
i. Dengan mematuhi ketetapan disiplin/ prosedur/ arahan yang berkuat kuasa
BIDANG TUGAS
1. Penguruskan hal pencalonan dan perlantikan pegawas-pengawas.
2. Menguruskan ucapan perlantikan pengawas.
3.Menyelia pengawas-pengawas dan memastikan mereka menjalankan
tugas dengan sempurna dan menjaga disiplin diri.
4.Menguruskan kem kepimpinan bagi memilih pengawas.
5.Menjaga kebajikan pengawas.
6.Menghadiri mesyuarat Lembaga Pengawas Sekolah dan menyampaikan
maklumat berkaitan kepada semua guru.
7.Menyediakan dan merancangkan bidang tugas dan jadual tugas
pengawas.
8.Menyediakan laporan tahunan Lembaga Pengawas Sekolah.
9.Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke masa
di perhimpunan sekolah.
10.Memastikan semua pengawas sentiasa dalam keadaan kemas dan
bersih.
11.Mengatur jadual tugasan pengawas semasa guru-guru bermesyuarat
atau urusan-urusan lain.
12.Mengadakan lawatan sambil belajar.
13.Mengambil tidakan untuk dirujuk kepada badan Pengawas Sekolah Dan
Lembaga Disiplin Sekolah.



AJK PENGAWAS

PERATURAN AM SEKOLAH


SOP PASCA COVID 19






