Perutusan Penolong Kanan Kokurikulum

Abd. Aziz Bin MatPenolong Kanan Kokurikulum
Menginspirasikan Pengurusan Kokurikulum Yang Berkualiti Dan Menyeluruh
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya laman web rasmi sekolah dapat diwujudkan. Semoga laman web ini menjadi lambang komitmen dengan Profesion Keguruan dan seterusnya meletakkan guru-guru SK Datu' Hashim ke arah budaya kerja yang berkualiti dan berwawasan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat bertugas pada tahun 2021" kepada semua guru dan kakitangan SK Datu' Hashim. Mudah-mudahan pada tahun ini kita dapat memperbaharui dan meningkatkan azam kita untuk tema mendidik dan melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. Sesuai dengan pesanan Nabi Muhammad S.A.W iaitu "Jadikanlah kerja hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari Bertepatan dengan moto sekolah "INSPIRE TQM". Ketahuilah kerja-kerja yang terancang dan tersusun rapi sudah tentu menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan sebenarnya inilah ciri-ciri pendidikan bertaraf dunia yang dihasratkan oleh negara kita.
Akhir kata. jadikanlah setiap apa yang kita lakukan sebagai satu amal ibadah yang mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T. Amalan yang sedemikian sudah tentu memerlukan keikhlasan dan tidak mengharapkan pujian. Hakikat ini sekiranya dapat kita hayati dan merealisasikannya in Insya Allah sudah tentu akan lahir pendidik atau murabbi yang cemerlang. Pendidik yang Cemerlang. Generasi Gemilang.
Sekian.Terima kasih