AKTIVITI
UNIT KURIKULUM 2021
Tahun 2021, tahun yang mencabar. Kesinambungan kisah pandemic COVID 19, 2020 membawa kepada kehidupan norma baharu bagi permulaan tahun 2021. Semua sektor awam terkesan dengan pandemik ini termasuk sektor Pendidikan. Berkali-kali takwim pembukaan sekolah diubah dan digubal, jadual waktu Pdpc dimurnikan, jadual Pdpr diminta untuk diuruskan hanya untuk memastikan pengurusan kurikulum sekolah berjalan dengan baik walaupun kekangan demi kekangan melanda Malaysia.
20 Januari 2021, Tarikh awal pembukaan sekolah yang sudah pun diputuskan oleh pihak KPM bagi semua sekolah seluruh Malaysia. Persediaan yang rapi telah pihak sekolah sediakan dari segi pengurusan pelantikan jawatankuasa, pengurusan kelas, pengurusan jadual waktu dan sebagainya bagi memastikan PdPc berjalan lancar pada tarikh tersebut. Namun begitu, segalanya berubah, apabila kes meningkat di seluruh Malaysia termasuk Kelantan sehingga diumumkan PKP negeri Kelantan bermula 16 Januari hingga 26 Januari 2021. Sessi persekolahan bersemuka dibatalkan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PKP terus disambung, sekolah belum dibuka, PDPR 2.0 dilaksanakan. Dengan menggunakan DSKP dan DSKP Penjajaran 2.0, PDPR berlangsung. Pihak BPK, KPM sekali lagi memberi panduan pelaksanaan PDPR 2.0 kepada semua warga sekolah. Jadual waktu perlaksanaan yang baharu diperkenalkan bagi memantapkan lagi perlaksanaan PDPR. Jadual PDPR yang lengkap dengan pembelajaran dan tutorial ini memberi sinar baharu kepada murid dan guru. Perjuangan mesti diteruskan walau apa jua halangan. Guru sudah bersedia untuk norma baharu bagi tahun 2021. Tahniah untuk semua guru.
Unit Kurikulum SKDH amat terkesan di dalam situasi ini. Namun begitu rasa mengalah tidak pernah wujud. Semua aktiviti yang dirancang bagi tahun ini akan kami usahakan untuk tetap dijalankan walau atas talian. Bermula dengan Mesyuarat Unit Kurikulum Bil 1/ 2021 yang diadakan atas talian pada 25 Januari 2021, kami terus mengorak langkah tanpa pandang ke belakang. Aktiviti-aktiviti bersesuaian dengan norma baharu telah disusun oleh setiap panitia di dalam mesyuarat panitia masing-masing.
Unit kurikulum amat berharap dan sentiasa berdoa pandemik ini agar cepat berakhir. Memikirkan anak-anak murid tahun 1 dan tahun 2 yang masih kurang akan pendedahan persekolahan secara formal membuat kegusaran semakin menebal. Pihak kami amat berharap anak-anak ini tidak ketinggalan dan akan memastikan jasmani, emosi, rohani dan intelek mereka berkembagan dengan baik walaupun kurang pembelajaran formal di sekolah.
SOLAT HAJAT AWAL PERSEKOLAHAN
4 MAC 2021
4 MAC 2021

MESYUARAT UNIT KURIKULUM BIL 1 2021
25 JANUARI 2021
25 JANUARI 2021

TAKLIMAT PERANCANGAN AKTIVITI DAN PERUNTUKAN KEWANGAN
UNIT KURIKULUM 2021
9 FEBRUARI 2021
UNIT KURIKULUM 2021
9 FEBRUARI 2021

WAWANCARA KHAS PDPR 2.0
17 FEBRUARI 2021
17 FEBRUARI 2021

SESSI PERSEKOLAHAN BERSEMULA BERMULA
8 MAC DAN 14 MAC 2021
8 MAC DAN 14 MAC 2021
