PENGURUSAN MATA PELAJARAN

 

Dalam sesebuah institusi sekolah, menguruskan mata pelajaran merupakan perkara yang menjadi tunggak utama.  Pengurusan Mata pelajaran bagi sesebuah sekolah KPM ini berdasarkan Pekeliling Iktisas Bil 4 /1986.  Di dalam pekeliling itu, jelas menunjukkan bahawa setiap sekolah perlu mempunyai orgnisasi pengurusan mata pelajaran yang tersusun dan terancang dari pelbagai sudut seperti, Pembentukan Jawatankuasa, Memperkasa Peranan Panitia, Pengurus Program Peningkatan Pencapaian Murid, Meningkatkan PDPC Guru dan sebagainya.  Semua di atas diberikan peranan sepenuhnya kepada Panitia-panitia Mata Pelajaran untuk mengurus tadbir dengan baik.

Penentuan mata pelajaran bagi sesebuah sekolah ditentukan oleh pihak sekolah dengan merujuk kepada pekeliling- pekeliling yang telah disiarakan oleh KPM.  SPI KPM Bil 8 2016 : Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) Secara Berperingkat digunapakai bagi murid tahun 1-5 2021 dan murid tahun 6 bagi tahun 2020.

Semua mata pelajaran yang telah didaftar oleh sekolah akan di terajui oleh panitia-panitia mata pelajaran.  Jawatankuasa Mata pelajaran yang dilantik, diletak di bawah Jawatankuasa Induk Kurikulum.  Pengurusan Panitia Mata pelajaran ini diselaraskan di bawah satu dasar dan KPI.  Pengurusan Panitia, pengurusan fail panita akan sentiasa dipantau oleh pentadbir agar apa yang dirancang berjalan dengan lancar. 

Ketua Panitia dilantik atas faktor kepakaran dalam bidang pengajaran dan kebolehan memimpin.  Lantikan adalah dipersetujui oleh Jawatan Kuasa Perancang Sekolah.  Ketua Panitia bersama pentadbir bertanggungjawab memantau pengurusan dan kerja buat guru di bawah pimpinan mereka.


SENARAI MATA PELAJARAN TAHAP 1, KSSR (SEMAKAN)

SENARAI MATA PELAJARAN TAHAP 2, KSSR (SEMAKAN)

Image
Image
Image

PENARAFAN SEKOLAH KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

 

Tahniah SKDH! 

SKDH telah dipilih oleh KPM untuk Penarafan Sekolah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi tahun penarafan 2021, bersama dua lagi sekolah seluruh negeri Kelantan.  Warga SKDH amat berbangga dan berbesar hati menerima cabaran ini.  Terima kasih juga atas lantikan SK Sri Ketereh selaku mentor SKDH bagi program ini.

Penarafan ini dinilai daripada 7 Elemen KBAT yang telah digariskan iaitu:

  • Elemen Kurikulum
  • Elemen Pedagogi
  • Elemen Pentaksiran
  • Elemen Ko Kurikulum
  • Elemen Sumber
  • Elemen Bina Upaya
  • Elemen Sokongan & Komuniti

Taklimat telahpun disampaikan kepada pentadbir dan semua setiausaha unit Kurikulum, Hem dan Kokurikulum pada 6 Disember 2021.  Dalam taklimat tersebut garis panduan dan tatacara pengurusan telahpun dikongsi oleh Mentor dan juga JPN.

Dalam 7 elemen Kbat tersebut, Unit Kurikulum akan dinilai dibawah penarafan Elemen utama Kbat, iaitu : Pengurusan Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran.

    

 

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Pautan Agensi

Statistik

Hari Ini106
Kelmarin152
Minggu766
Bulan1009
Jumlah77322

Pelawat

  • IP: 3.231.217.107
  • Pelayar Unknown
  • Versi
  • Sistem Unknown

1
Atas Talian

09 June 2023

Hubungi

© 2021-2022 Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim. Hak cipta terpelihara.     Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian :
 SKDH tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.