PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)      

 

Pendidikan merupakan satu bidang yang sentiasa berhadapan dengan cabaran yang memerlukan perancangan rapi, bersistematik dan menyeluruh.Proses penilaian dan  penambahbaikan  adalah  merupakan  aspek  penting  yang  perlu  diberi  perhatian dalam kitaran perancangan bagi memajukan sistem pendidikan negara (PIPP, 2006).  

Sekolah-sekolah  di  Malaysia  kini  memerlukan  perubahan  yang  berterusan bagi mengekalkan   dan   meningkatkan   prestasi   serta   keberkesanannya.   Ianya merupakan  wawasan  dan  agenda  penting  yang  termaktub  dalam  misi  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memberi fokus kepada usaha membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti, bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara.Justeruitu,  kerajaan perlu mengambil  langkah  proaktif  untuk  melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah ialah pentaksiran yang bersifat  holistik,  iaitu  menilai  aspek  kognitif  (intelek),  afektif  (emosi  dan rohani)  dan  psikomotor  (jasmani)  selaras  dengan  Falsafah  Pendidikan Kebangsaan dan  Kurikulum  Standard  Sekolah  Rendah  (KSSR).Pentaksiran  Berasaskan  Sekolah terdiri  daripada  komponen  berikut,  iaitu  Pentaksiran  Sekolah, Pentaksiran  Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. 

Sistem pentaksiran dalam pendidikan perlu berubah selari dengan perubahan zaman   dan  keperluan   kehidupan   seharian.  Guru-guru  di   sekolah   merupakan pelaksana  sistem  pentaksiran  ini.  Perubahan  dan  keberkesanan  pelaksanaan  sistem pendidikan  dalam  sesebuah  negara  sering  kali  dikaitkan  dengan kualiti  guru-guru dalam  sesebuah  sekolah  (Kantrowitz  &  Wingert,  2000).  Malah  pembangunan  dan kemajuan   negara   pada   masa   depan   bergantung   kepada   sistem   pendidikan, kepemimpinan  sekolah,  guru-guru  dan  rupa  bentuk  pelajar  yang  akan  dihasilkan (Wan Mohd Zahid Wan Nordin, 1993; Abdul Shukur Abdullah,1995, 1996, 1998).
Analisa Pentaksiran PBD
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Pautan Agensi

Statistik

Hari Ini114
Kelmarin152
Minggu774
Bulan1017
Jumlah77330

Pelawat

  • IP: 3.231.217.107
  • Pelayar Unknown
  • Versi
  • Sistem Unknown

1
Atas Talian

09 June 2023

Hubungi

© 2021-2022 Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim. Hak cipta terpelihara.     Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian :
 SKDH tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.