Perutusan Penolong Kanan Pendidikan Khas

Mohd Zulkifli Bin Che Omar
Mohd Zulkifli Bin Che OmarPenolong Kanan Pendidikan Khas

Menginspirasikan Pengurusan Pendidikan Khas Integrasi Yang Berkualiti Dan Menyeluruh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya laman web rasmi sekolah dapat diwujudkan. Semoga laman web ini menjadi lambang komitmen dengan Profesion Keguruan dan seterusnya meletakkan guru-guru SK Datu' Hashim ke arah budaya kerja yang berkualiti dan berwawasan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat bertugas pada tahun 2021" kepada semua guru dan kakitangan SK Datu' Hashim. Mudah-mudahan pada tahun ini kita dapat memperbaharui dan meningkatkan azam kita untuk tema mendidik dan melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. Sesuai dengan pesanan Nabi Muhammad S.A.W iaitu "Jadikanlah kerja hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari Bertepatan dengan moto sekolah "INSPIRE TQM". Ketahuilah kerja-kerja yang terancang dan tersusun rapi sudah tentu menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan sebenarnya inilah ciri-ciri pendidikan bertaraf dunia yang dihasratkan oleh negara kita.

Akhir kata. jadikanlah setiap apa yang kita lakukan sebagai satu amal ibadah yang mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T. Amalan yang sedemikian sudah tentu memerlukan keikhlasan dan tidak mengharapkan pujian. Hakikat ini sekiranya dapat kita hayati dan merealisasikannya in Insya Allah sudah tentu akan lahir pendidik atau murabbi yang cemerlang. Pendidik yang Cemerlang. Generasi Gemilang.

Sekian.Terima kasih

Pautan Agensi

Statistik

Hari Ini3
Kelmarin83
Minggu313
Bulan2505
Jumlah92529

Pelawat

  • IP: 44.200.101.84
  • Pelayar Unknown
  • Versi
  • Sistem Unknown

2
Atas Talian

27 September 2023

Hubungi

© 2021-2022 Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim. Hak cipta terpelihara.     Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian :
 SKDH tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.