Perutusan Guru Besar

Hamidah Binti Che Abdul HamidGuru Besar
Menginspirasikan Pengurusan Sekolah Yang Berkualiti Secara Menyeluruh
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sehati Sejiwa dan salam SK Datu’ Hashim Bangkit Bersama. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya.
Syukur dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat menjayakan aktiviti bagi tahun 2020 walaupun dalam keadaan era mencabar iaitu pendamik Covid 19. Tahniah semua warga sekolah atas sokongan yang sangat hebat demi SK Datu’ Hashim yang tercinta. Semoga kedatangan tahun baharu 2021 membawa bersama semangat kerja yang lebih hebat sebati dalam jiwa setiap warga SK Datu’ Hashim. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Datu’ Hashim yang tanpa rasa jemu bertungkus-lumus menyumbang tenaga dan usaha yang berterusan dalam memajukan SK Hashim yang dicintai bagi mencapai aspirasi negara demi kemenjadian murid-murid SKDH.
Sebagai pemimpin utama SK Datu’ Hashim, saya dapat merasakan kita telah sederap membentuk satu pasukan warga SK Datu’ Hashim yang komited, berdaya maju, kreatif dan progresif bersama pengurusan yang cekap dalam merangka dan melaksanakan perancangan 2021. Budaya 5S dan budaya pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) telah dijadikan asas yang kukuh dalam profesionalisme warga SK Datu’ Hashim.
Saya menyeru warga SK Datu’ Hashim supaya sentiasa bersatu hati dan bekerjasama untuk kemajuan sekolah. Saya amat berharap agar pengurusan semua bidang pada tahun 2021 lebih hebat dan terbilang di Malaysia. Marilah sama-sama kita menggapai bintang dengan sinaran semangat yang kental
Akhir sekali, ucapan penghargaan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menyiapkan laman web ini dengan jayanya.
‘Inspire TQM’
Sekian, terima kasih.