


KESELAMATAN MURID
DASAR KESELAMATAN MURID
- Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan ).
- Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan.
- Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan digalakkan membeli Skim Insuran Takaful.
- Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah / Jabatan Pelajaran dan ibubapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan.
- Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan.
LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN (FIRE DRILL)
- Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali setahun.
- Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
- Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.
- Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
- Guru kelas mestilah mempunyai salinan kehadiran kelas masing-masing di tempat berkumpul an mengira bilangan murid dengan segera. Manamana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta
AJK KESELAMATAN MURID

AJK PPDa

KESIHATAN MURID
PENGENALAN
Program Kesihatan Sekolah dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia terdiri daripada beberapa komponen.yang boleh dikategorikan sebagai Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Program Promosi Kesihatan di Sekolah dan Aktiviti Penguatkuasaan di sekolah.
Perkhidmatan Kesihatan sekolah adalah pemberian perkhidmatan kesihatan berkala yang diberikan kepada murid sekolah. Terdapat dua jenis perkhidmatan Kesihatan yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu Perkhidmatan Kesihatan Murid dan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian.
Program Promosi Kesihatan di sekolah dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Antara aktiviti promosi kesihatan di sekolah adalah Kelab Doktor Muda, Program Minda Sihat, Program Kotak dan MyBFF.
Program Penguatkuasaan Kesihatan pula melibatkan aktiviti memantau dan mengawal selia aspek kebersihan dan keselamatan di sekolah. Antara aktiviti penguatkuasaan di sekolah adalah Pemeriksaan Sekolah Bebas pembiakan nyamuk dan Pengredan kantin sekolah .
Pada tahun 1998, Rancangan Kesihatan Sekolah telah diperkukuhkan dengan pengenalan Program Bersepadu Sekolah Sihat. Konsep yang diadaptasikan dari Health Promoting School dan healthy setting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ini memperkenalkan 6 elemen yang perlu diwujudkan dalam ekosistem sekolah .
BIDANG TUGAS
- Menguruskan kemudahan rawatan murid dan memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti rekod kesihatan murid.
- Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.
- Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas/ penyelaras kelas.
- Menentukan semua murid sihat daripada penyakit-penyakit yang berjangkit semasa berada di sekolah
- Jika terdapat laporan atau diketahui murid-murid sakit berjangkit berada di sekolah, hendaklah berikhtiar menghantarnya balik ke rumah atau ke hospital dan mengambil langkah-langkah keselamatan seterusnya.
- Beriktiar mencegah murid-murid daripada menyimpan kutu di kepala.
- Menyelaras dan membereskan urusan-urusan pergigian dengan klinik gigi.
- Menjaga keselesaan dan kekemasan Bilik Sakit dan Klinik Gigi.
- Merancang dan mengadakan program kesihatan seperti lawatan, tayangan, ceramah-ceramah dan pameran kesihatan tentang penyalahgunaan dadah. Urusan ini boleh juga digabungkan dengan bahagian-bahagian yang lain seperti bimbingan dan kaunseling.
- Memastikan tiap-tiap bilik praktikal dan bilik sakit mempunyai kotak pertolongan cemas yang sentiasa lengkap pada setiap masa.
- Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh Jabatan Kesihatan. Menyelaras semua aktiviti kesihatan murid.
- Menyediakan jadual tugas bilik rawatan / rawatan murid yang memerlukan rawatan.
- Menjalankan dayausaha yang lain untuk kesihatan murid dan kesihatan umum misalnya mencegah pembiakan nyamuk.
- Menyelaras program dan aktiviti kesihatan, kebersihan murid dan sekolah seperti :
- Kebersihan diri murid-murid
- Kebersihan pakaian murid
- Bilik-bilik darjah
- Bangunan dan kawasan sekolah
- Lain-lain bangunan seperti tandas, kantin dan sebagainya.
- Aktiviti kesihatan yang ditaja atau dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan, Jabatan, Kesihatan, agensi swasta dan NGO.
AJK UNIT KESIHATAN
