PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


Sumber manusia merupakan elemen yang penting dalam organisasi sekolah. Tenaga manusia yang membekalkan bakat, daya cipta, tenaga, galakan dan dorongan merupakan satu nilai yang tidak terhingga terhadap organisasi sekolah.

Pengurusan sumber manusia di Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim (SKDH) diurus dengan baik untuk meningkatkan kualiti kerja, kepuasan dan keseronokan bekerja serta amalan profesionalisme. Traning Needs Assesment (TNA) dilaksanakan pada awal tahun untuk menganalisis dan menentukan keperluan dan hasil latihan. Semua guru diminta untuk mengisi bahagian Analisi Keperluan Latihan di dalam portal SPLKPM (modul individu). Setelah TNA dilaksanakan, pihak pengurusan sekolah dapat merumuskan dan membuat kesimpulan untuk tujuan apa, siapa, bagaimana, bila dan di mana program latihan. Ini adalah asas untuk membuat latihan kompetensi sumber manusia.

Program yang dirancang adalah berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan bagi melengkapkan pegawai dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian dengan keperluan tugas masing-masing.

Antara program yang dijalankan ialah Program Learning Community (PLC), Total Quality Management Hour (TQM Hour) dan perbincangan profesional.
 
DIAGRAM ISHIKAWA

Dalam usaha meningkatkan prestasi warga SKDH pengurusan sumber manusia, Diagram Ishikawa adalah salah satu cara yang digunakan untuk menentukan sebab dan akibat.

Fishbone Diagram atau diagram tulang ikan, biasa disebut Diagram Cause and Effect atau Diagram Sebab Akibat adalah alat yang membantu mengidentifikasi, memilih dan menampilkan berbagai penyebab yang mungkin dari suatu masalah atau karateristik kualiti tertentu. Diagram ini menggambarkan hubungan antara masalah dengan semua faktor penyebab yang mempengaruhi masalah tersebut. Diagram ini kadang-kadang disebut diagram “Ishikawa” kerana diasaskan oleh Kouru Ishikawa.

Segala usaha yang dilakukan pihak pengurusan sumber manusia SKDH adalah untuk menyediakan warga kerja yang berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran, berfikiran luas, mempunyai daya kerja yang pelbagai, kreatif dan mampu menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan.

Pautan Agensi

Statistik

Hari Ini114
Kelmarin152
Minggu774
Bulan1017
Jumlah77330

Pelawat

  • IP: 3.231.217.107
  • Pelayar Unknown
  • Versi
  • Sistem Unknown

1
Atas Talian

09 June 2023

Hubungi

© 2021-2022 Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim. Hak cipta terpelihara.     Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Penafian :
 SKDH tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.