
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
﷽
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِوَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Seirama dengan perkembangan revolusi industri 4.0, pendidikan awal kanak-kanak telah menjadi satu platform yang perlu dilalui oleh kanak-kanak dengan memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dalam meneroka dunia tanpa sempadan. Bertepatan dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan modal insan yang holistik, laman web ini dilihat mampu memberikan input berguna kepada orang ramai termasuklah murid-murid, ibu bapa dan masyarakat yang ingin mengetahui dan mengenali Prasekolah SKDH. Pelbagai medium telah disediakan oleh pihak prasekolah dalam memberikan kemudahan kepada orang ramai yang boleh mengakses segala maklumat melalui laman web ini.
Sebagai salah seorang editor yang turut menyumbang bahan dan penulisan dalam laman web ini saya dengan rendah hati memohon kemaafan sekiranya ruang yang disediakan belum sempurna dengan kemudahan dan maklumat. InsyaAllah ruang ini akan dimanfaatkan dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada orang ramai.
Akhir kata, dengan wujudnya laman web ini, diharap Prasekolah SKDH lebih dikenali oleh masyarakat sekitar, sekaligus sebagai penghubung dan penyebar maklumat yang lebih pantas dan terkini kepada murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat. Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus berjaya menghasilkan anak didik yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekian, Terima Kasih.