







SEJARAH RINGKAS SEKOLAH RENDAH DATO' HASHIM
Sekolah Rendah Dato' Hashim telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972. Sekolah ini diwujudkan bagi menggantikan dua buah sekolah yang telah wujud sebelum itu, Sekolah Rendah Pengkalan Chepa dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Pengkalan Chepa.
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
Sebelum tahun empat puluhan kawasan Pengkalan Chepa tidak mempunyai sebuah sekolah pun oleh itu atas kehendak masyarakat Kampung Baung maka sebuah sekolah Rakyat di-tubuhkan pada 7 Ogos 1949. Pengasas dan Guru Besar sekolah Rakyat itu ialah Wan Ab. Rahman bin Harun.
Akhirnya sekolah itu yang mempunyai 248 orang murid dan 10 orang guru telah diambil alih oleh Kerajaan dan di-beri bantuan sewajarnya. Sekolah Rakyat ini akhirnya berpindah ke Pengkalan Chepa dengan mendapat bangunan baru pada 15.5.1957, dan menggunakan nama Sekolah Melayu Pengkalan Chepa. Tidak lama kemudian sebuah bangunan lagi ditambahkan dan sekolah ini bertukar namanya kepada sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Keramaian murid kian bertambah. Guru Besar yang terakhir : ialah Encik Mohd Isa bin Hj. Ismail, dan Pengerusi Jumaab. Pengurusnya ialah En.Yusoff Yaacob.
Lahir pada awal tahun 1969, sekolah ini mengadakan sesi persekolahannya di sebelah petang di bangunan Sekolah Menengah Pengkalan Chepa. Murid-muridnya berasal daripada murid kawasan yang sedang belajar pada masa itu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Islah, Kota Bharu yang dipindah untuk mengasaskan sekolah ini. Keramaian murid pada tarikh lahirnya ialah 150 oranq terdiri daripada murid-murid Darjah 1 dan 2 sahaja.
Murid–murid sekolah ini terus bertambah bilangannya, dan yang demikian Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) ini terpaksalah pula menumpang sebahagian muridnya di sekolah Menengah Vokasional Pengkalan Chepa, sementara menunggu bangunan barunya yang sedang dalam pembinaan. Guru Besar yang mengasaskan sekolah ini hingga tarikh percantuman ialah Encik Pui Tiong Hoon, manakala Pengerusi Jumaah Pengurusnya ialah Yang Berhormat Datuk Hali Hashim bin Haji Mohamed.
Percantuman dan Wujudnya Sekolah Rendah Pengkalan Chepa/ Sekolah Rendah Dato' Hashim.
Apabila bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Pengkalan Chepa siap, dan oleh kerana Kementerian Pelajaran sedang giat berusaha untuk menggunakan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pengantar di semua Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris), maka adalah di fikirkan amat wajar bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Pengkalan Chepa di percantumkan dan dengan itu lahirlah SEKOLAH RENDAH PENGKALAN CHEPA. Pada tarikh 1.6.1972 hari Khamis, kesemua murid-murid, guru-guru serta kakitangan daripada kedua-dua buah sekolah tadi, Sekolah Kebangsaan yang mempunyai Jumaah Pengurusnya yang tersendiri, dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) yang menumpang di kedua-dua buah sekoIah yang berlainan dan yang mempunyai Jumaah Pengurusnya yang tersendiri, telah digabungkan dan dipercantumkan menjadikan Sekolah Rendah Pengkalan Chepa dan sekolah ini terus memulakan Persekolahannya di bangunan baru yang mengandungi dua blok bangunan yang terletak di atas kawasan yang ada sekarang ini - satu kawasan yang luasnya lebih kurang tujuh setengah ekar. Bangunan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa terus diserahkan kepada Sekolah Menengah Pengkalan Chepa. Keramaian murid pada tarikh percantuman ialah 1029 dengan 29 orang guru dan 3 orang kakitangan.
Pengerusi Jumaah Pengurus sekolah ini ialah Yang Berhormat Dato' Haji Hashim bin Haji Mohamed (Dato' Wira Jaya).Guru Besarnya ialah Encik Rawi bin Abd. Rahman, manakala Pengerusi Persatuan Ibubapa/Guru ialah Encik Yusoff Ghouse. Sepuluh bulan kemudian Sekolah Rendah Pengkalan Chepa telah bertukar namanya kepada SEKOLAH RENDAH DATO' HASHIM. Satu Istiadat Pembukaan Rasmi Sekolah oleh Yang Berhormat Dato' Haji Hussein Onn, Menteri Pelaiaran Malaysia pada hari Sabtu 7 April 1973.
Pada 1.12.1991 sekolah ini telah dipecahkan kepada 2 buah sekolah iaitu diwujudkan Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 2, di dalam kawasan yang sama, Dengan ini sebahagian murid sekolah ini telah diagihkan ke sekolah yang baru diwujudkan itu.
Siapakah
Pengasas Sekolah?
NAMA-NAMA GURU BESAR YANG MEMBERIKAN KHIDMAT DI SRDH





SUKAN TAHUNAN SKDH 1975





MAJLIS PERASMIAN SKDH 1973





